Hello semua?
Hari ini saya akan menceritakan tentang partner saya. Nama diberi Noraisah binti Said. Seorang surirumah tangga dan mempunyai empat cahaya mata. Dulu giat menjalankan perniagaan ini, tapi kini hanya menerima tempahan kecilan-kecilan di sekitar kawasan tempat tinggalnya. Mulanya menjahit baju sendiri atau keluarga dengan menggunakan buku dan melihat sendiri jahitan dan ukuran baju yang dulunya dibeli. Kini menerima tempahan dari rakan-rakannya setelah mendapat pujian jahitan yang kemas dan selesa dipakai. Puan Nor juga telah mempelajari pelbagai bidang jahitan. Antara yang selalu ditempah adalah jubah, baju kurung, baju melayu dan juga baju kurung moden. Mula meniaga pada 2009 tapi kini menerima tempahan kecil-kecilan dari kenalannya kerana faktor umur yang akan masuk 50-an. Sebelum giat pada tahun 2009, puan Nor juga telah lama mendapat tempahan dari ahli keluarga dan kenalannya. Puan Nor hanya menjahit di rumah dan manjahit pada waktu pagi hingga petang.
| Gambar ini menunjukkan tempat puan Nor berkerja. |
| Puan Nor menggunakan mesin jahit industri. |
Berbincang dengan Puan Nor tentang dan cara membuat jubah. Saya juga telah bertanya tentang pendapat Puan Nor dengan pernamaan "NorQil JUBAH" atas kerjasama yang kami akan lakukan. Puan Nor telah bersetuju dengan pernamaan ini dan juga akan tolong saya membantu melaksanakan produk ini.
![]() |
| That tittle i use for my project. |
Collection jubah from Puan Nor:
Next post i will talk about the process making JUBAH!!


Comments
Post a Comment
comment mahu??