Cara memotong dan menjahit jubah biasa.


Hello guys??Saya akan sambung post yang lalu dimana kita belajar membuat pola jubah. Setelah siap melukis dan memotong pola seterusnya sudah tentu akan memotong kain. Pertama sekali, kita mesti cari ira pada kain itu sendiri. Puan Nor selalu mengingatkan tentang ini kerana ia akan memastikan kain yang dijahit itu nanti akan terbentuk dan beralun cantik apabila dipakai oleh si pemakai.


Antara peralatan yang digunakan untuk memotong kain. 

okk yang pertama sekali untuk memotong kain, anda semua mesti ada peralatan di atas yerr..
Untuk memotong kain, selalunya Puan Nor akan melipat kain itu menjadi dua. Lepas memotong anda akan dapat lebar kain bentuk badan kita yang sepatutnya. 

Contoh kain silk dan pola jubah.

Letakkan pola di tepi sama bahagian lipatan tu, cucuk jarum peniti di tepi supaya tidah bergerak. Kemudian ambil kapur jahitan dan tandakan mengikut pola tu dengan basi 1 inci di bahagian garisan lurus dan 1/2 inci di bahagian lengkung. langkah yang sama akan dilakukan pada bahagian lengan.

#untuk memotong kain ini,  jangan memotong sambil angkat kain yer, biar je kain dibawah. Hal ini supaya kain itu akan statik, tidak bergerak dan potongan kita tak ada la senget.  


Contoh kain dan pola sudah di potong.
Pola lengan
Setelah siap dipotong, perlu jahit tepi yer supaya benang dia tidak tertetas dan tidak berbulu di bahagian tepi. 

Dengan bismillah mari mula menjahit. 

Dengan Bismillah mari mula menjahit jubah. Mulakan dengan jahit cantuman kedua-dua belah bahu. Kemudian ironkan, biar basi terbuka. Lepas tu jahit bahagian leher pula, leher ni bergantung pada kita atau owner kain tu sendiri nak leher yang macam mana. Macam saya nak leher bulat sebab macam senang je tapi macam tak jadi je apa yang telah diajar oleh Puan Nor. huhuhu 

Antara peralatan yang digunakan untuk membuat leher. 

Contoh pola leher yang dibuat oleh saya sendiri. hehehe 

Sediakan kain dan pola leher yang telah dibentuk di kertas interfacing, kemudian tampalkan kedua-dua dengan mengironkannya. Gunting ikut pola leher. Cantumkan pola leher (letak di bahagian luar pola jubah) dan pola jubah (dibahagian leher), dan jahit di tepi hujung dalam leher. Gunting cebis-cebis di bahagian dalam leher di sebelah jahitan tadi. Terbalik kan pola leher ke bahagian dalam dan kemaskan. Ironkan supaya dapat lipatan yang kemas. Dan jahit di tepi leher atau jahit jelujur di bahagian tepi dalam jubah.

Selepas langkah di atas, cantumkan di bahagian ketiak (bahagian ketiak jubah dan bahagian ketiak lengan) dan jahit. Selepas siap kedua-dua belah, jahitkan di bahagian bawah lengan terus ke bahagian tepi badan pula. Selepas jahit saja di mana-mana bahagian iron dulu sebab baru nampak cantik dan kemas. Basi biar terbuka untuk pakaian perempuan.


Hasil jubah yang telah dipelajari. 

Gambar diatas dibuat oleh saya dengan tunjuk ajar oleh Puan Nor. Cubaan yang pertama alhamdulillah siap jugak hehehe maaf kalau tak sekemas dan cantik macam Puan Nor buat. Jubah "A" cut yang simple.

Stay tuned yerr untuk next post huhuhu.







Comments