Jenis kain yang selalu digunakan oleh si pemakai jubah


Hello semua??
Hari ini saya akan ceritakan tentang jenis kain yang selalu digunakan untuk membuat jubah. Bagi Puan Nor, kain itu dibeli sendiri oleh costumernya. Kain yang selalu dibeli oleh costumernya adalah cotton, lycra, chiffon, dan crepe. Antara jenis kainnya ialah:

1. Kain cotton merupakan material dari serat pokok kapas dan amat sesuai mengikut iklim panas dan lembab. Ia mudah menyerap peluh dan mudah untuk dicuci. Terdapat beberapa jenis cotton yang biasa digunakan iaitu:

  1. Cotton Jepun adalah sejenis kain yang ekslusif kerana kualiti yang halus dan kain yang ringan. Ia banyak digunakan kerana dari segi kualiti yang bagus dan permukaan yang lebih halus dan tahan lasak tetapi dari segi harga ia agak mahal. 
  2. Cotton Paris mempunyai ciri yang sama tetapi kainnya lebih nipis. 
  3. Cotton Silk mempunyai 2 jenis iaitu tebal dan nipis. Ia memiliki permukaan yang lebih berkilap dan harganya mahal berbanding dengan cotton biasa. Mempunyai daya serap peluh yang rendah dan warna yang tahan lama. 
  4. Cotton Minyak dipanggil kerana permukaan yang berkilat seperti minyak. Harganya lebih kurang sama dengan harga cotton biasa dan mempunyai daya serap peluh yang baik. 
  5. Cotton Biasa banyak digunakan disebabkan banyak motif dan perletakkan motif yang sesuai. Harganya lebih murah dan daya serap peluh sederhana serta mempunyai warna yang tahan lama. 
2. Kain Chiffon sering digunakan membuat jubah. Ia diperbuat dari material sutera, kapas dan sintetik fiber. Ia mempunyai struktur yang lembut, beralun dan ringan. Disebabkan kainnya yang nipis dan tembus, ia biasa digunakan sekali dengan satu lapisan kain yang lain sebagai pelapik. Dua jenis kain chiffon iaitu chiffon sutera dan chiffon georgette.

3. Kain Crepe mudah dijaga dan tidak berkedut. 3 jenis crepe yang selalu digunakan iaitu:
  1. Como Crepe mempunyai material yang lembut dan tidak panas. Kain yang agak berat dan tidak jarang. 
  2. Poly Crepe agak kasar sedikit dan tidak panas dan tidak jarang. 
  3. Moss Crepe tidak perlu gosok dan sukar untuk nampak kedutannya. material lebih lembut, lebih nipis tetapi selamat dipakai dan materialnya tidak turun warnannya ketika basuh dan langsung tidak perlu gosok. 
4. Kain Lycra dikenali sebagai spandex. Sifatnya elastik (meregang) kuat dan memiliki ketahanan gosokkan yang tinggi. 

Selain jenis-jenis kain diatas, kini Kain Koshibo juga menjadi tumpuan orang. Ada 2 jenis kain koshibo iaitu havvy koshibo dan peach koshibo. Peach koshibo selalu dilihat materialnya agak nipis dan panas. tetapi havvy koshibo materialnya tebal, tak jarang dan tak panas (lebih kurang la). Harga kainnya agak murah dan selalu digunakan di butik-butik.  

Jenis-jenis kain

Sebenarnya terdapat banyak pilihan untuk memilih kain jubah yang sesuai dan selesa ikut citarasa sendiri. Puan Nor hanya mengambil tempahan dan kain di bawa sendiri oleh costumer. Jadi jenis kain yang digunakan oleh costumer akan dijahit oleh Puan Nor mengikut permintaan oleh costumernya. 

Semoga info ini bermafaat kepada saya dan anda. 

Comments