Harap semua sudah sarapan yerrr....
Kali ini nak cerita bagaimana untuk menghasilkan sepasang jubah yang simple atau jubah "A" cut yang mudah. Pola ini telah diajar oleh Puan Nor sendiri. Sedikit sebanyak ilmunya telah serap masuk tapi tu la kalau salah atau terkurang harap dimaafkan yerr. Sebelum membuat pola ni haruslah ada kertas minyak/surat khabar(untuk menjimatkan kos), pembaris lengkung dan pensel.
| contoh panduan sebelum mencorakkan bentuk jubah |
1. Buat garisan lurus dari atas ke bawah dengan mengikut ukuran labuh jubah (labuh baju pada gambar atas)
2. Ukuran bahu dibahagi 2 (dibahagian atas)
3. Ambil ukuran lilit dada dibahagi 4 dan ditambah 3/4 dan tandakan. Ukuran ini juga akan dijadikan ukuran bahu ke dada.
4. Ukuran bahu ke pinggang (dari bahu ke pinggang) dan tandakan. Masih juga di sini tandakan untuk ukuran lilit pinggang dibahagi 4 dan ditambah 3/4.
5. Ukuran daripada paras pinggang ke punggung standard ukuran adalah 8 inci ke 9 inci.
6. Ukuran lilit punggung dibahagi 4 dan ditambah 3/4.
7. Untuk bukaan kain ukurannya 15 inci dan dari bucu bukaan kain akan dinaikkan 1 inci (bentukkannya dengan pembaris lengkung).
| contoh panduan yang digunakan oleh Puan Nor. |
8 Ukuran keliling leher dalam 2 inci. (bergantung pada jenis leher). Pada pola hadapan di bahagian leher turunkan 4 inci bagi membuat lengkung leher manakala pola belakang pula turunkan 2 inci.
9 Turunkan 2 inci untuk membuat bahagian cantuman lengan. Selepas itu ukur kiraan dari tanda tadi ke dada. Ukuran ni akan dibahagi 2. Anda akan dapat titik tengah dan tandakan. Kemudian gariskan menggunakan pembaris lengkung seperti gambar diatas.
# Pola hadapan dan pola belakang adalah sama ukuran tetapi jika mahu letak zip di belakang pastikan amik basi 2 inci.
Pola Labuh Lengan/ Panjang Tangan.
| contoh pola lengan |
1. Ukuran labuh lengan/ panjang tangan (dari atas ke bawah).
2. Ukuran 4 1/2 (diberi siap untuk dewasa), ukuran ini diletak di garisan labuh lengan dan tandakan/gariskan.
3. Anda akan dapat dua bahagian dimana atas agak kecil berbanding dibawah.
4. Dari ukuran atas labuh lengan anda perlu mengukur dari situ ke garisan ukuran 4 1/2 dengan menggunakan ukuran dada. Jika ia dapat bertemu dengan garisan tersebut tandakan dan gariskan.
5. Ukuran dada akan dibahagi 2. Jawab ini akan diletakkan di tengah-tengah garisan ukuran dada.
6. Anda akan bentukkan bentuk "S" di garisan ukuran dada. Naikkan 1/2 inci atau 1 inci untuk membentuk "S".
#Bentukkan semua seperti gambar diatas dengan menggunakan pembaris yang bersesuaian.
Untuk membuat DAT.
Bagi sesiapa nak fit kan jubah tu boleh menggunakan rajah DAT ini.
| Antara contoh DAT yang digunakan. |
1. Di garisan ukuran DADA, tandakan titik 3 inci.
2. Di garisan ukuran PINGGANG, tandakan titik 3 inci.
3. Masih di garisan ukuran PINGGANG, ukur 4 inci di bawah garisan (seperti dalam gambar di atas)
4. Di garisan ukurran PINGGANG tadi, di titik ukuran 3 inci, tandakan 1 inci di kedua-dua belahan titik tadi.
5. Gariskan putus-putus dalam bentuk berlian. (deperti gambar diatas).
# DAT ini selalu digunakan di belakang atau di hadapan dan setiap pola tu mesti ada dua DAT.
Harap berguna maklumat diatas yerr..
STAY TUNED..........
Next post??

Comments
Post a Comment
comment mahu??